Wednesday, September 28, 2011

Monday, September 26, 2011

JADUAL PKLP (PROGRAM KHAS LALUAN KE PUNCAK JAYA)

Jadual PKLP Bulan Oktober

PERCUMA!!!!  PERCUMA!!!!  PERCUMA!!!!


Seketariat ESP Malaysia (SKEMA) pada hari ini telah mengadakan mesyuarat bersama Pengarah Urusan HPA, Tn Hj Ismail Ahmad di Menara HPAic telah memutuskan tarikh-tarikh Program Khas Laluan Ke Puncakjaya (PKLP) pada bulan Oktober adalah seperti berikut:-

1hb Oktober (Sabtu) – Kota Kinabalu

9hb Oktober (Ahad) – Hotel DePalma Ampang
16hb Oktober (Ahad) – Hotel Amanpura, Sg Petani

22hb Oktober (Sabtu) – Seri Malaysia, Kuantan

23hb Oktober (Ahad) - Pusat Penerangan Islam (IIC), Kuching 

29hb Oktober (Sabtu) – Halal Hub Serkam, Melaka

Sila daftar melalui Cawangan HPA berdekatan anda.

atau hubungi saya di talian

016-8970799/ 0128973009

BANGKIT DARI KEGAGALAN




Siapa yang tidak pernah gagal dalam kehidupan? Justeru kegagalan adalah sebahagian dari kehidupan. Mereka yang pernah berjaya, sebenarnya pernah gagal, tetapi mereka boleh berjaya kerana mereka bangkit dari kegagalan. Mereka miliki ketabahan dan kesabaran yang tinggi untuk berusaha maju.

Anda tentu pernah mendengar nama Thomas Alva Edison, ‘Tukang Sihir dari Menlo Park’ (The Wizard of Menlo Park). Seorang pencipta hebat yang dibuang sekolah, tetapi diakhir hidupnya berjaya membuat paten lebih 1000 penemuannya. Seorang yang genius menemui formula menghidupkan mentol. Beliau mendefinasikan kecerdikan sebagai satu peratus inspirasi dan sembilan puluh sembilan peratus lagi adalah usaha. Kita semua mengenali Edison dan apakah sumbangannya dan ada banyak lagi kisah menarik sepanjang hidup Edison, seperti sikapnya dalam menghadapi kerugian perniagaan.

Saat beliau mahu membiayai beberapa projek barunya, Edison memutuskan untuk menjual sahamnya di General Electric iaitu perusahaan yang didirikan sebelumnya. Namun, projek barunya kurang berjaya dan tidak mampu bersaing dengan perusahaan lain yang lebih kukuh keadaan kewangan mereka. Projek-projek itu akhirnya gagal dan tidak boleh diteruskan lagi. Setahun kemudian seseorang memberitahunya bahawa nilai saham perusahaan yang dijual iaitu General Electric, naik mendadak di pasaran. Edison tidak menyesalinya malah dia tidak berkata, “Kalau saya tidak menjualnya” atau “Kalaulah saya masih memiliki saham-saham itu.” Dia hanya memberi reaksi dari maklumat itu dengan kata-kata santai “Well, it’s all gone, but we had a hell of a good time spending it.”

Dia berkata “We had a hell of a good time spending it..”, sedangkan wang hasil penjualan saham itu habis dikeluarkan untuk membiayai projek yang akhirnya gagal. Dia sama sekali tidak bersedih atau berputus asa.

Edison bukanlah seorang Muslim, tetapi dia mampu menjaga dirinya agar tidak jatuh dalam kelemahan bila terkena sesuatu yang tidak menguntungkan. Dia boleh mengambil manfaat dari sisa yang tinggal, walaupun dugaan itu mengenai sesuatu yang sangat dicintai dalam hidupnya, iaitu usaha dan penemuannya. Dia masih mampu mengambil manfaat dari apa yang ada dan masih boleh melihat persoalannya secara positif.

Jadi mengapa harus terlalu bersedih dan berputus asa dengan kejadian itu. Bukankah itu semua sudah berlalu dan tidak boleh kembali lagi. Mengapa harus membiarkan diri jatuh dalam kelemahan, itu semua tidak akan membantu seseorang untuk bangkit kembali.

Kalau Edison yang bukan Muslim boleh bersikap positif terhadap sesuatu dugaan, mengapa kita yang Muslim tidak mampu melakukannya? Sedangkan semuanya sudah dijelaskan di dalam al-Quran dan dicontohkan oleh Nabi SAW. 
Ingatlah pesanan Nabi SAW,

“Raihlah apa yang bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah dan
jangan bersikap lemah.”

Selain itu, jangan kita berandaian setelah gagal maka ianya akan menjadikan diri kita lemah. Ini sikap orang yang berputus asa. Terima saja apa yang terjadi dan bekerjalah untuk masa depan. Itulah perkara terbaik yang dapat kita lakukan.

Apabila kita menyedari inilah hakikat kehidupan, maka kita tidak seharusnya berputus asa atau kecewa apabila kita menerima kegagalan atau tidak dapat mencapai apa yang kita inginkan walaupan kita telah berusaha.

Pegangan aqidah menetapkan bahawa Allah SWT sahaja yang berkuasa untuk menentukan sesuatu perkara sedangkan manusia hanya berusaha. Penetapan kejayaan bukan ditangan manusia, kerana sekiranya kejayaan itu ditangan manusia sudah pasti akan semakin ramai ”orang gila” di atas dunia ini.

Ujian yang dihadapi berbeza antara seorang manusia dengan manusia yang lain. Ada yang diuji dengan kegagalan dalam sesuatu perkara, ada yang diuji dengan penindasan dan masalah, ada yang diuji dengan kebaikan, kekayaan, kemiskinan dan bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan, dosa-dosa, dan sebagainya.
Allah SWT melarang kita dari berputus asa. Allah menyatakan dengan jelas dalam Al-Quran bahawa sifat putus asa bukanlah sifat seorang Muslim. Seorang Muslim adalah seorang yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara. Allah SWT telah menjelaskan hal ini dalam menceritakan kisah Nabi Yaakub dan anak-anaknya:

“Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya, Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”. (Yusuf: 87)

Bahkan sehingga orang yang berdosa sekalipun tidak dibenarkan berputus asa sama sekali kerana keampunan Allah s.w.t itu sangat luas. Allah menjelaskan hal ini dalam sebuah ayat yang sugguh indah maknanya:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”. Al-Zumar:39


Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. 
Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikannya dan berhadapan dengan kegagalan tersebut, kemudian bangkit dan belajar dari kegagalan tersebut.

Sunday, September 25, 2011

PEMAKANAN HALAL & THOYYIB

KENAPA KITA PERLU KEPADA MAKANAN HALAL?? 
 

Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia. Tanpa makanan kesihatan manusia akan terjejas. Makanan dapat membekalkan haba dan tenaga bagi tujuan menjaga serta mengekalkan suhu badan.

Ia juga berfungsi dalam aktiviti pernafasan dan aliran darah bagi semua kerja otot dalam badan serta terlibat bagi proses penggantian zat dalam badan (metabolisme). Selain itu, umat Islam memerlukan makanan untuk tujuan beribadat kepada Allah SWT.

Pemakanan dapat di takrifkan sebagai sains yang berkenaan dengan zat, khasiat dan nutrien dalam makanan. Ia merupakan kombinasi satu proses di mana organisma mengambil, menghadam, menyerap, mengangkut, mengguna dan mengkumuh bahan makanan untuk tujuan pembuatan serta membaik pulih komponen dalam badan.

Aktiviti pemakanan yang baik akan membolehkan seseorang itu mendapat faedah daripada pengambilan sesuatu makanan. Ia dapat mengawal aktiviti organ-organ tubuh badan dengan baik (mata, jantung, peparu dan sebagainya) serta membolehkan seseorang bergerak, berjalan, berlari, bekerja, dan bermain.

Semua aktiviti ini sangat bergantung kepada jumlah tenaga yang mencukupi. Manakala pemakanan yang optimum pula dapat membekalkan zat makanan yang mencukupi kepada manusia bagi tujuan penjagaan kesihatan, pembentukan organ badan serta akan jarang diserang penyakit. Sementara itu, pemakanan yang buruk pula akan membuatkan zat makanan tidak mencukupi bagi kesihatan manusia.

Sebagai contoh bayi atau kanak-kanak yang mengalami kekurangan protein akan mengakibatkan pertumbuhannya terbantut. Ia merupakan kombinasi satu proses di mana organisma mengambil, menghadam, menyerap, mengangkut, mengguna dan mengkumuh bahan makanan untuk tujuan pembuatan serta membaik pulih komponen dalam badan.

Aktiviti pemakanan yang baik akan membolehkan seseorang itu mendapat faedah daripada pengambilan sesuatu makanan. Ia dapat mengawal aktiviti organ-organ tubuh badan dengan baik (mata, jantung, peparu dan sebagainya) serta membolehkan seseorang bergerak, berjalan, berlari, bekerja, dan bermain.

Semua aktiviti ini sangat bergantung kepada jumlah tenaga yang mencukupi. Manakala pemakanan yang optimum pula dapat membekalkan zat makanan yang mencukupi kepada manusia bagi tujuan penjagaan kesihatan, pembentukan organ badan serta akan jarang diserang penyakit. Sementara itu, pemakanan yang buruk pula akan membuatkan zat makanan tidak mencukupi bagi kesihatan manusia.

Sebagai contoh bayi atau kanak-kanak yang mengalami kekurangan protein akan mengakibatkan pertumbuhannya terbantut.

MAKANAN HALAL DAN PENSYARIATANNYA.
Umat Islam perlu kepada makanan yang halal. Halal bermaksud penggunaan sesuatu makanan atau barangan yang tidak mengandungi perkara-perkara yang ditegah oleh syarak seperti khinzir, anjing, arak dan sebagainya.

Ia juga mestilah diperoleh daripada sumber rezeki yang halal. Makanan yang halal mestilah baik daripada segala segi kerana sifat bagi sesuatu yang halal itu adalah baik.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik (halalan toyyiba) dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan;

Kerana Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu" (Surah al-Baqarah, 2:168). Bagi menghuraikan maksud halalan toyyiba dalam ayat di atas, Jalaluddin Muhammad dalam Kitab Tafsir al-Jalalain, menyebut bahawa perkataan toyyiba (baik) itu adalah sifat kepada halal itu sendiri. Maka dapatlah di fahami bahawa setiap makanan yang halal itu mestilah juga baik daripada pelbagai segi samada bahan campurannya, bersih dalam proses penyediaan dan dapat memberi manfaat kepada tubuh badan manusia.

Selain itu, pensyariatan pemilihan makanan yang halal juga adalah jelas di nyatakan oleh Allah SWT. Terdapat banyak dalil yang menyebut berkaitan dengan hal ini, antaranya ialah: 

"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah" (Surah al-Baqarah, 2:172).
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya" (Surah al-Maidah, 5:87-88).

FALSAFAH PEMAKANAN ISLAM
Islam merupakan agama yang syumul (menyeluruh). Ia mengajar umatnya dalam segala aspek kehidupan samada di dunia mahupun di akhirat. Dalam hal pemakanan, Islam telah menggariskan beberapa etika yang perlu di amalkan oleh umat manusia seperti berikut:

Makan Apabila Lapar Dan Berhenti Sebelum Kenyang Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
"Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang" (Hadith Riwayat Abu Dawud).
Memilih Makanan Yang Halal Lagi Baik Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Hak anak ke atas bapa ialah bapa itu hendaklah memberi nama yang elok, mengasuhnya dengan budi pekerti yang baik, mengajarnya menulis, berenang dan memanah.

Janganlah berikan kepadanya rezeki selain yang baik (halal) dan hendaklah mengahwinkannya apabila telah layak berkahwin" (Hadith Riwayat Hakim).
Membaca Bismillah, Ambil Dengan Tangan Kanan & Makanan Yang Terdekat Sabda Rasulullah SAW: "Bacalah Bismillah (jika kamu hendak makan), dan makanlah dengan tangan kananmu, dan ambillah makanan yang terdekat" (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim).
Menghormati Orang Lain Diriwayatkan oleh al-Baihaqi, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jikalau seseorang daripada kamu makan bersama-sama dengan orang ramai dan sudah berasa kenyang, maka janganlah kamu mengangkat tangan (berhenti dahulu), sehingga orang ramai sama berhenti (iaitu berhenti makan bersama-sama), ini kerana jika kamu berhenti dahulu sebelum orang lain, hal itu dapat memalukan kawanmu".

Tidak Membazir Firman Allah SWT yang bermaksud: " Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan" (Surah al-A'raaf, 7:31). Maksud berlebih-lebihan di sini ialah janganlah melampaui batas dalam mengambil makanan. Makanan perlu diambil berdasarkan keperluan tubuh badan dan di pastikan ianya adalah halal.

KENAPA MAKANAN YANG HALAL?
Persoalan yang mungkin timbul kepada manusia ialah mengapa Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW menyeru agar umat Islam memilih makanan yang halal dalam kehidupan seharian. Sudah tentu adanya hikmah dan kelebihan yang dapat membantu manusia menjalani kehidupan sebagai hamba Allah SWT dengan lebih baik sebagaimana berikut:

Supaya Doa Dimakbulkan Oleh Allah SWT Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya di penuhi debu. Dia menadah tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakainnya haram dan mulutnya disuapi dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan pemohonannya?" (Hadith Riwayat Muslim, Ahmad & Tirmizi).

Selamat Daripada Seksaan Api Neraka Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah agar Dia menjadikan doaku mustajab. Jawab Rasulullah SAW: Wahai Saad, jagalah soal makanmu nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tanganNya, jikalau seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama empat puluh hari. Sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh dari makanan haram dan riba maka neraka lebih layak baginya"  (Hadith Riwayat Ibnu Abbas).

Amal Ibadat Diterima Oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Barangsiapa yang bersembahyang dengan mengenakan pakaian yang dibeli dengan sepuluh dirham dan satu dirham daripadanya dari sumber yang haram, Allah tidak akan menerima solatnya". Rasulullah SAW bersabda : "Allah itu suci dan Dia tidak akan menerima melainkan yang suci juga"
(Hadith Riwayat Muslim).

Membentuk Darah Daging Yang Baik Dalam Badan Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Ingatlah bahawa di dalam tubuh badan manusia itu ada sepotong daging, yang apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh itu, ingatlah bahawa yang dimaksudkan itu ialah hati" (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim).

Oleh yang demikian, adalah menjadi satu kewajipan dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini untuk lebih berhati-hati dan mengambil berat berkaitan pemakanan halal ini. Hendaklah kita sentiasa memastikan bahawa setiap makanan yang diperoleh dan di makan itu adalah halal menurut syariat Allah SWT. Sesungguhnya suruhan Allah SWT ini adalah untuk tujuan dan kebaikan manusia bersama.

PEMAKANAN UNTUK KEPINTARAN AKAL
Makanan mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap tubuh badan, jiwa, emosi dan akal. Kalau seseorang tidak memperolehi makanan dalam tempoh yang lama, 20 jam umpamanya, badannya menjadi letih, penat dan lesu. Jiwanya lemah dan pesimis. Otaknya lembab dan kuasa fikirannya menurun. Emosinya terganggu menyebabkan ia menjadi pemurung , perakus dan pemarah. Bila sahaja mendapat makanan, tiba-tiba dia berubah menjadi cergas, cerdas, lincah, bersemangat, riang dan gembira. Begitulah besarnya pengaruh makanan terhadap fizikal, spiritual, mental dan emosi. Pun begitu, terdapat pelbagai jenis makanan. Ada yang cepat memberi kesan terhadap kecergasan otak, ada yang lambat.

Tugas kita ialah memilih makanan yang terbaik dan memberi kesan terpantas terhadap minda. Makanan terbaik ialah makanan yang halal lagi bersih (Halal & Thoyyib), seimbang, berzat dan berjadual. Makanan seimbang ialah set makanan yang mengandungi kesemua bahan makanan yang diperlukan oleh otak dan tubuh supaya dapat berfunsi dengan sempurna. Ia terdiri dari tujuh kumpulan makanan iaitu protein, karbohidrat, vitamin, lemak, mineral, air dan serat. Tanpa keseimbangan makanan, fungsi sel-sel dalam otak dan organ tubuh badan akan terjejas.

MAKANAN UNTUK KESIHATAN BADAN DAN KEPINTARAN AKAL
 
1)KARBOHIDRAT
Membekalkan tenaga kepada seluruh badan termasuk otak. Sumbernya ialah nasi, roti, sayur - sayuran, madu, gula, buah-buahan seperti kentang, keledek, pisang dan lain-lain.
 
2)PROTEIN
Ia amat perlu untuk KESIHATAN OTAK KESELURUHANNYA. Berperanan menumbuh, membentuk, membesar dan mengantikan sel-sel yang rosak. Sumbernya ialah susu, daging, ikan, telur, kekacang, tauhu, keju, kacang pis dan lain-lain.
 
3)LEMAK
Membekalkan tenaga kepada badan. Sumbernya ialah mentega, minyak makan, marjerin, lemak binatang dan tumbuhan.
 
4)AIR
Merupakan bahan utama semua benda hidup. Air berfungsi mengeluarkan kekotoran, membersih dan mengalir darah serta zat makan ke seluruh badan. Seterusnya MENGEKALKAN KESIHATAN OTAK. Kita mudah dihinggapi penyakit, gangguan emosi dan gangguan sistem pencernaan sekiranya kekurangan air. Seelok-eloknya minumlah air yg ditapis R.O (Reverse Osmosis) kalau Zam Zam itulah yg terbaik sebanyak 8 gelas sehari. Sebelum tidur, cukupkanlah bilangan air yang perlu diminum.
 
5)MINERAL
Untuk aktiviti saraf dimana otak merupakan teraju utamanya. Sumbernya ialah telur, susu, sayur - sayuran, ulam-ulam dan makanan laut.
 
6)VITAMIN
Semua vitamin A,B,C,D,E dan K diperlukan. Vitamin A
Menguatkan deria penglihatan dan pendengaran, menguatkan tenaga dan urat saraf serta melicinkan pernafasan. Sumbernya ialah susu, kuning telur, sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan ikan. Vitamin B Membantu pembakaran makanan yang lebih efektif untuk kesihatan badan. Sumbernya ialah sayur-sayuran, bijirin, telur, yis, buah-buahan segar, beras dan kacang. Vitamin C Penguat sistem ketahanan badan, meningkatkan kesihatan mata dan kulit, meninggikan daya tumpuan seterusnya mengurangkan khayalan semasa proses pembelajaran. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.
 
7)SERAT
Melicinkan sistem pencernaan dan pembuangan najis. Gangguan pada sistem pencernaan menyebabkan kehilangan daya tumpuan, kelemahan fikiran dan gangguan perasaan. Kesemuanya ini menjejaskan potensi otak dan ingatan. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.

ZAT-ZAT MAKANAN UNTUK KEKUATAN INGATAN
Menurut penyelidikan saintifik terkini, terdapat beberapa zat makanan yang dapat membantu meningkatkan kekuatan memori. Bahan -bahan tersebut ialah Choline, Lesithin, Vitamin E, Asid Glutamik, Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika.

Choline ialah sejenis asid amino. Boleh diperolehi dari kacang soya, bunga kobis, kacang pistachios, daging, ikan dan telur. Lesithin didapati dari telur merah, kacang soya. Vitamin E terdapat dalam hati, telur ayam, betik, sayuran hijau, sayur taugeh, minyak kelapa sawit dan bijirin seperti jagung, beras, tepung gandum penuh(wholemeal).

Asid Glutamik terdapat dalam kacang soya terutamanya. Manakala Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika boleh diperolehi dengan menggunakan ubat-ubatan dari sistem perubatan biokimi.


Makanan yang menyebabkan Lupa :-

1. Banyak makan epal Hijau yang masam.
2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan.
3. Banyak makan bawang besar.
4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
5. Memakan kepala ikan.
6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
7. Makan sehingga terlalu kenyang.
8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet.
12. Umpamanya minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.


Makan untuk Kesihatan.
Kembalilah kepada Pemakanan Berfitrah !
Kesihatan adalah sesuatu yang amat berharga dalam dunia masa kini yang terdedah dengan berbagai ancaman penyakit dan masalah kesihatan.

Punca utama musibah ini adalah hasil dari gaya hidup yang tidak sihat serta amalan pemakanan yang tidak bijaksana.

Gaya hidup yang lebih kepada pemuasan nafsu syahwat tanpa batasan (seks rambang) telah melahirkan penyakit Aids yang sehingga kini belum ditemui penyembuh muktamad. Pemilihan pemakanan yang tidak bijaksana akan mendedahkan manusia kepada pengumpulan bahan kimia, toksik, racun di dalam tubuh badan. Malah yang lebih dahsyat, manusia sudah mengamalkan makanan luar tabii dengan menzalimi berbagai jenis haiwan yang bukan tergolong sebagai haiwan yang boleh dimakan. Apakah "SARS" juga turun sebagai "bala" yang disebabkan amalan pemakanan yang zalim ?

Justeru.....kembalilah kepada pemakanan semulajadi dan berfitrah. Amalkanlah GAYA PEMAKANAN SIHAT..


TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT
Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan. Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".

* Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
* Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
* Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan air batu sangat tidak digalakkan.
* Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
* Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
* Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
* Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
* Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi.
* (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar.
* Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
* Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..

Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah.

SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT.

Wednesday, September 21, 2011

PROGRAM KHAS LALUAN KE PUNCAKJAYA (PKLP)


Kelebihan Program Khas Laluan Ke Puncakjaya (PKLP)

1. Maintain 50NM pada hari program akan naik pangkat PB ke PLX dan pangkat2 seterusnya.

2. Pengisian hebat oleh Tn Hj Ismail Ahmad, PJS Hafidzan Faudzi, PJS Cg Murad Abu Bakar, PJS Azizan Ahmad & PJS Hj Khalid Iskri

3. Pelancaran produk-produk baru:-
> Vigor – Herba lelaki hebat
> Pueraria – Herba wanita anggun

4. Pertandingan Kopi Radix Tariiiikkkkkkk

Kenapa PKLP dilaksanakan?
1. Untuk menyuntik semangat baru kepada ahli HPA dengan peluang kenaikan pangkat dan bonus.

2. Untuk mencetuskan fenomena kopi Radix yang sudah dikenali ramai di kalangan masyarakat

3. Menjimatkan masa,wang dan tenaga untuk tujuan kenaikkan pangkat serta bonus

4. merancakkan lagi kegiatan busines ahli -ahli HPA

Sunday, September 18, 2011

HABBATUSSAUDA' SOFTGEL (UBAT SEGALA PENYAKIT)


Habbatussauda’ Softgel

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadithnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain: “Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim).

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : ” Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati ” ( Hadis riwayat Bukhari ).

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino. Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:
  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati rheumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
  • Mempertingkatkan sistem immuniti
  • Meningkatkan tenaga seksual 

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 48
Sabah & Sarawak: RM 58
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 38
Sabah & Sarawak: RM 48
Nilai Mata (NM): 12

PLAN PEMASARAN


Adil & Sukses
HPA menggunakan kaedah pemasaran yang berkesan untuk memastikan semua produk HPA dipasarkan ke seluruh Malaysia dan mencapai hasrat untuk menguasai pasaran global. Berikutan dengan itu, HPA telah menubuhkan syarikat pemasaran sendiri iaitu Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. pada 1 Februari 1996 dengan No. Pendaftaran 376131-A, mendapat lesen di bawah Akta Jualan Langsung dari Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berfungsi untuk memasarkan produk HPA melalui konsep sistem Multi-Level Marketing (MLM). Ia merupakan satu kaedah dan strategi yang cukup berkesan untuk memperkenalkan produk-produk kepada pelanggan.
Kekuatan Plan Pemasaran HPA
1. Berteraskan prinsip ihsan2. Keadilan pada setiap peringkat3. Telus dan berdaya saing4. Bebas daripada gimikperangkap dan penindasan5. Sesuai dengan kehendak dan cabaran MLM masa kini
6. Mampu menjana pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan
Plan Pemasaran Era Baru HPA dijamin ADIL dan SUKSES.
Tawaran 11 Ganjaran Hebat Melalui Perniagaan MLM HPA. Lihat dan teliti Plan Pemasaran Hebat ini!
Pengiraan Bonus
JADUAL NILAI MATA & PERATUS BONUS
jadual-bonus.PNG
Untuk mencapai pangkat pertama, Pengurus Melati (PLX), cara pertama, ahli perlu mengumpul 1501 NM secara:
1. Timbunan
2. Berkumpulan
3. Tiada had masa
Atau cara kedua ialah ahli perlu:
1. Hadir program PLKP (PROGRAM LALUAN KE PUNCAK JAYA)
2. Dan lakukan belian bersyarat (50 NM)*pada HARI YANG SAMA.

Monday, September 12, 2011

PLANTISOL (HERBA KENCING MANIS)

 

Bahan aktif plantisol di dalam ramuan ini berfungsi untuk menurunkan paras glukosa dalam darah (hipoglicemia) serta bertindak untuk merangsang pengeluaran insulin oleh pankreas. Penggunaan Plantisol untuk penderita kencing manis adalah seperti berikut:-
1. Penyakit kencing manis di tahap awal (gula dalam darah). Amalkan plantisol 2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam sebelum makan. Minum sekurang-kurangnya 2 gelas teh herba setiap hari.
2. Bagi penderita yang sering lemah amalkan bersama spirulina.
3. Bagi penderita yang mengalami gengren disarankan menggunakan teh herba dalam 8 uncang sehari. Hampas teh disapukan ke bahagian yang terluka.
Amalan Ubat Rebusan Tisol K bersama Plantisol akan mempercepatkan pemulihan penderita kencing manis yang menghadapi masalah kronik. Penderita yang menghadapi kencing manis, ginjal rosak dan darah tinggi juga dicadangkan mengamalkan Malac yang bersifat diuretik.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Barrintoga Racemosa
2. Pithecellobium Jiringa
3. Tetra Indica
4. Tinospora Crispa
5. Andrographis Paniculata

Dos :
Amalkan 2 kapsul pagi, 2 kapsul tengahari dan 2 kapsul malam.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 24
Sabah & Sarawak: RM 25
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM22
Nilai Mata (NM):10

HERBA PELAWAS (PENAWAR SEMBELIT)


Usus merupakan organ utama dalam menentukan kesihatan seseorang. Makanan yang berserat tinggi dapat mengurangkan risiko kepada penyakit jantung dan kadar kolesterol tinggi. Produk ini merupakan herba yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan amat baik kepada mereka yang menghadapi permasalahan di bahagian usus. Pelawas dapat mengurangi risiko penyakit dengan mengurangi masa transit makanan pada saluran gastrousus dan membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL serta membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
Sehubungan dengan itu, Pelawas dapat mengurangkan risiko sakit jantung kerana ia bertindak mengikat lemak-lemak dan asid empedu yang dikeluarkan sebagai bahan buangan sehingga pengamal akan mendapati kadar kolesterol LDL akan menurun setelah beberapa minggu mengamalkan Pelawas. Produk ini bertindak sebagai serat mudah larut dan amat sesuai untuk penderita kencing manis kerana Pelawas dapat mengendalikan kadar gula dalam darah.
Pelawas juga dapat menyerap kadar air yang tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar. Pelawas dapat mengubati permasalahan dalam usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel syndrome (najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar).
Pelawas amat baik untuk mereka yang ingin mengawal kadar berat badan yang berlebihan.
Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.

Kandungan Bahan: Ipmea Reptans
Cara Pemakanan: Amalkan 2 kapsul pada malam dan 2 kapsul pada siang.
Jumlah Kandungan: 75 kapsul per botol

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 24
Sabah & Sarawak: RM 25
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM22
Nilai Mata (NM):10

Wednesday, September 7, 2011

IPAD PERCUMA : JOM JOIN HPA






Insentif ESP 2011


Berita Baik insentif ESP
Diumum oleh PJM Hafidzan Faudzi (Presiden KPA) disaksikan oleh Pengarah Urusan HPA semasa KPJ HPAIC. Mantain 100NM mulai September, Oktober, November akan berpeluang mendapat sebuah IPAD. 
Syarat minima Mantaian 100NM 3 bulan berturut2 menawarkan 40BUAH IPAD. Cabutan akan diadakan pada 17hb DEC 2011 di HPAIC. Para pengedar pelbagai pangkat yg maintain minima 100NM setiap bulan layak.
MARI BERSAMA KITA REBUT PELUANG KEEMASAN INI.