Tuesday, December 27, 2011

KOPI RADIX KEMBALI DI TV3


 IKLAN KOPI RADIX KEMBALI LAGI DI TV3... MARI BERSAMA MENYOKONG 
PRODUK HALALAN THOYYIBAN INI. 

"KECUKUPAN PRODUK HALAL 
TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Tuesday, December 6, 2011

EQ MINDA (KECERDASAN MINDA)


EQ Minda

PENGENALAN
EQ MINDA merupakan formulasi produk pemakanan kesihatan alami yang difokuskan bagi membantu perkembangan minda anak-anak, tidak hanya dalam bidang akademik yang boleh diukur secara IQ, tetapi juga kemahiran emosi yang dikenali sebagai EQ atau Emotional Intelligent.
Islam telah lama mengajar kita tidak hanya mengambil pemakanan yang halal, tetapi halalan thaiyyiban (halal lagi baik). Kombinasi 2 elemen tersebut adalah dipercayai dapata melahirkan generasi yang bukan sekadar pintar tetapi mampu mengawal diri dan berakhlak dengan akhlak yang terpuji lagi mulia.

TAKRIF EQ (EI)
Para sarjana telah membuat definisi EQ sebagai:
“Emotional intelligence is a set of acquired skills and competencies that predict positive outcomes at home with one’s family, in school and at work. People who possess these are healthier, less depressed, more productive at work and have better relationships.”
Perbezaan di antara EQ dan IQ adalah IQ mudah diukur dan stabil setiap waktu, manakala EQ sukar diukur dan tidak stabil sepanjang masa. Hanya sistem pendidikan yang sempurna dan bersifat Rabbani yang mampu melahirkan bukan hanya generasi minda kelas pertama tetapi ilmuan cemerlang lagi muttaqin.

RAMUAN UTAMA PRODUK EQ MINDA HPA
  1. Madu Lebah (Honey)
  2. Badam (Almond)
  3. Habbatus Sauda’ (Black Seed)
  4. kacang Adas (Lentil)
  5. Kurma (Dates)
  6. Tin (Figs)
  7. Kismis (Raisins)
  8. Zaa’rafan (Saffron)
  9. Halia (Ginger)
            PENJELASAN MENGENAI KHASIAT RAMUAN FORMULASI EQ MINDA HPA

1. MADU LEBAH (HONEY)
Madu adalah pemakanan lengkap yang diturunkan bersama Al-Quran. Ia merupakan penyembuh utama dan amalan memakannya merupakan sunnah. Ia membekalkan tenaga serta nutrien-nutrien yang diperlukan oleh badan. Ia dapat menghilangkan keletihan serta membantu perkembangan minda dengan membekalkan nutrien-nutrien yang diperlukan untuk kecergasan dan kecerdasan, terutama semasa melaksanakan proses pembelajaran.

2. BADAM (ALMOND)
Badam juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral serat, protein, lemak yang sihat serta kandungan fitokimia tertentu untuk kemaslahatan manusia.
Satu hidangan khasiat badam (sebanyak 23 biji) mengandungi khasiat berikut:
            35% daripada nilai keperluan harian anda atau Daily Value (DV) bagi antioxidant (vitamin E)
            20% DV bagi magnesium
            15% DV bagi phosphorus
            13% DV bagi riboflavin
            8% DV bagi kalsium
            6% DV bagi iron dan zink
            4% DV bagi asid folik dan niasin

3. HABBATUS SAUDA’ (BLACK SEED)
Habbatus Sauda’ atau Jintan Hitam telah disyorkan pengambilannya oleh Nabi Muhammad SAW dengan menjadikannya sebagai amalan harian. Pengambilannya memberi kesan ke atas sistem paru-paru, perut dan limpa. Ia dapat meningkatkan imuniti, merangsang tenaga, memudahkan penghadaman, tonik dan pelbagai lagi khasiatnya.

4. KACANG ADAS (LENTIL)
Adas merupakan sejenis makanan yang disebut dalam Al-Quran.
“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya dan mentimunnya dan bawang putihnya dan adas (kacang dalnya) serta bawang merahnya.” Nabi musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih? Turunlah kamu ke Bandar kerana di sanakamu boleh dapati apa yang kamu minta itu”.” (Surah Al-Baqarah: 61).
Adas membekalkan protein yang tinggi selain fiber, vitamin B1 dan mineral.

5. KURMA (DATES)
Kurma merupakan makanan tradisi di kalangan negara-negara Arab dan umat Islam. Ia membekalkan tenaga segera, fiber dan pelbagai khasiat pemakanan yang diperlukan.

6. TIN (FIGS)
Dalam Al-Quran, Allah telah menyebut mengenai buah tin disamping buah zaitun dalam surah At-Tiin. Buah tin (ara) merupakan sumber flavanoid dan polifenol yang baik. Ia juga mengandungi kandungan antioksidan dan fiber yang tinggi. Ia dapat mengatasi masalah penghadaman dan ancaman radikal bebas serta melambatkan penuaan selain meminimakan stress (tekanan) di kalangan pelajar.

7. KISMIS (RAISINS)
Kismis merupakan makanan yang disyorkan oleh ulama’-ulama’ perubatan Islam. Ia dapat membantu mengekalkan ingatan terutama bagi pelajar yang memerlukan ingatan yang tinggi seperti pelajar tahfiz dan undang-undang. Kismis juga dapat melindungi hati, memperbaiki sirkulasi, melawaskan pembuangan air besar dan melawan bakteria mulut.

8. ZAA’RAFAN (SAFFRON)
Zaa’rafan merupakan sejenis rempah yang didapati daripada pokok saffron crocus. Ia mengadungi lebih daripada 150 bahan meruap dan beraroma. Ia digunakan sebagai pewarna makanan, konfektineri dan dalam minuman. Khasiat perubatannya adalah antikarsinogenik, anti-mutegenik, immunomodulating dan kandungan antioksidan. Ia juga dijadikan dakwat bagi menulis ayat-ayat Al-Quran bagi kaedah rawatan pinggan putih.

9. HALIA (GINGER)
Menurut Al-Quran, halia merupakan sejenis minuman bagi para penghuni syurga. Ia digunakan dalam masakan serta mempunyai nila perubatan yang tinggi.
Halia dapat merawat masalah angin dan mual, mengandungi antioksidan, bersifat karminatif (membuang angin) serta dapat merawat inflamasi (radangan), mengurangkan kolestrol dan merawat penyakit hati.

HARGA PENGGUNA : RM55/ BTL

Monday, December 5, 2011

ORGANIK MENGKUDU

Mengkudu (Morinda Citrifolia) yang berasal dari Asia Tenggara, Australia dan Kepulauan Pasifik telah digunakan secara meluas dalam tujuan perawatan pelbagai jenis penyakit. HPA menggunakan mengkudu hasil dari tanaman secara organik bagi memastikan nilai perubatan yang maksimum kepada para pengamal produk tersebut. Kajian telah mendapati Produk Organik Mengkudu HPA telah terbukti untuk mengubati permasalahan berikut:-

1. Menurunkan tekanan darah tinggi.
2. Membantu dan merangsang hormon melatonin dan serotonin.
3. Membekalkan tenaga kepada tubuh badan.
4. Bertindak sebagai anti peradangan dan mengurangkan kesakitan kepada Pengidap Arthritis.
5. Anti Histimik.
6. Melindungi usus dari serangan bakteria perosak dan membantu pencernaan.
7. Memelihara sistem jantung.
8. Menghentikan pertumbuhan sel kanser dan pra kanser.
9. Memperbaiki sistem imunisasi dan merangsang penghasilan sel T.
10. Anti penuaan.
11. Mencegah kencing manis tahap 1 dan 2.
12. Mencegah ketegangan (stress) dan Stroke.
13. Memelihara fungsi ginjal.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :Morinda Citrifolia

Dos :Amalkan 2 kapsul pada pagi dan 2 kapsul pada malam.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 24
Sabah & Sarawak: RM 25

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM22

Nilai Mata (NM):10
========================================================
Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Mengkudu Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA

Mengkudu + Madu

Gabungan madu dan mengkudu (2M) juga sangat baik untuk mengubati ketumbuhan.Buka 3 kapsul mengkudu ,dicampur dengan segelas kecil air dan sesudu teh madu.Selepas di (kacau/aduk-ind) dibiarkan 10 minit kemudian di minum sehari 3 - 5 kali.
Campuran itu tidak lengkap lagi dan perlu ditambah dengan minuman segelas air parutan kunyit putih(sebesar ibu jari sekali minum)3 kali sehari.Kaedah ini sangat baik terutamanya yang melibatkan rahim wanita.InsyaAllah.

Penyakit dari unsur api.

Unsur api akan menyerang dibahagian kepala menyebabkan pesakit merasa panas dikepala,sakit dan sukar tidur pada waktu malam.Kelihatan urat-urat merah di mata putih dan lidah pula seperti digigit di pinggirnya.
Bawah mata berwarna hitam menandakan pesakit tidak dapat “deep sleeping”.Bagi memulakan pengubatan dari unsur api,herba daripada bunga dan buah lebih utama kerana bunga dan buah berada pada bahagian paling hujung sesuatu pohon sama seperti kedudukan kepala manusia.
Buah yang terbaik dalam penelitian ahli-ahli herba ialah mengkudu kerana mengkudu akan menyebabkan pengeluaran hormon melatonin yang diperlukan bagi mendapatkan tidur berkualiti.Namun bagitu perubatan dari jenis bunga samada melalui aroma terapi ataupun madu lebah (manisan bunga) boleh disinergikan bagi mendapatkan keseimbangan sinergi.
Dua kapsul mengkudu dibuka dan dimasukan kedalam gelas air suam/hangat serta ditambah dengan satu sudu kecil madu lebah.Jangan bimbang dengan pandangan menyatakan madu lebah sesuatu yang panas kerana kepanasan dibahagian kepala dapat dikeluarkan melalui kaedah ini.
Minum 3 kali sehari ,pagi,tengahari dan malam.
Selepas solat insya pesakit perlu tidur awal kerana masa pengeluaran melatonin adalah di awal malam.Malapkan lampu,baca doa tidur dan zikirlah……..