PELAN

Ada usahawan yang berjaya memberikan jawapan secara berseloroh apabila saya tanya tentang apakah maksud MLM? Mereka mengatakan bahawa MLM ialah singkatan (akronim) "MULAKAN LANGKAH MEN-". Ada juga yang berkata, MLM ialah MEETING LARUT MALAM. Seloroh yang kedua akan memberikan imej tidak sihat pada industri jualan langsung seolah-olah memberikan gambaran bahawa apabila menjalankan perniagaan ini, kita perlu bekerja keras sampai larut malam.

Secara jujur, saya menyukai akronim ciptaan yang pertama itu kerana bunyinya lebih logik. Saya merumuskannya sebagai:

M pertama = Menetapkan matlamat diri dalam perniagaan MLM ini
M kedua = Memperkenalkan produk kepada orang terdekat/dikenali
M ketiga = Menaja pelanggan yang berpuas hati dengan produk itu
M keempat = Memberikan servis kepada pelanggan/downline
M kelima = Membantu/Memimpin downline
M keenam = Membuat mesyuarat kumpulan
M ketujuh = Meniru teknik, kaedah, dan strategi upline
M kelapan = Merawat pelanggan dengan teknik betul (mampu menyembuhkan)


PELUANG PERNIAGAAN

PELUANG JANA PENDAPATAN BERSAMA PERNIAGAAN HPA
Secara umumnya, apabila anda menjadi ahli HPA, anda berpeluang menjana pendapatan seperti berikut:

1. Jana pendapatan dengan menjual produk HPA. Anda akan beroleh Untung Runcit 10%-25% untuk setiap produk.

2. Jana pendapatan dengan mengembangkan jaringan atau menaja ahli baru melalui perniagaan MLM Syariah HPA. Anda akan beroleh bonus bulanan/income berdasarkan Nilai Mata yang anda dan kumpulan anda kumpul setiap bulan. Terdapat 11 jenis ganjaran bonus yang ditawarkan. Rujuk Pelan Pemasaran dibawah.

BAGAIMANA UNTUK BERMULA?

LANGKAH 1
Daftar Menjadi Ahli HPA. Dengan yuran seumur hidup RM30 anda layak menjadi USAHAWAN HPA.


LANGKAH 2
Jadi Pengguna Setia Produk HPA

Amalkan produk kesihatan HPA dan guna produk keperluan harian anda (jenama HPA) sebanyak 50 Nilai Mata (NM) (belian antara RM 100 -150) setiap bulan. 50 NM adalah BELIAN PERIBADI MINIMA yang disyaratkan untuk melayakkan anda mendapat bonus HPA setiap bulan.

Contoh: Beli 2 kotak Kopi Radix 32 sachets dan 2 botol Mega 3 kapsul (jumlah NM = 50, jumlah harga RM 145). 


LANGKAH 3
Menaja 6 orang di bawah anda sebagai ahli HPA

Perkenalkan produk HPA kepada 6 orang dan jadikan mereka ahli HPA. Seterusnya ajak mereka juga buat langkah no 2 iaitu menjadi pengguna setia seperti anda.

Ahli VIP DuniaHerbaHPA.net akan diberi web replika percuma. Contoh: www.duniaherbahpa.net/username. Anda boleh gunakan web replika anda untuk tujuan promosi bagi mendapatkan downline. 


LANGKAH 4
Duplikasi langkah-langkah di atas kepada 6 downline anda. Itu saja!

---------------------------------------------

Bonus Anda
Dengan melaksanakan plan ini, kumpulan anda akan berkembang seperti berikut:

1. Bulan pertama anda seorang (1)
2. Bulan ke-2 anda ada 6 orang
3. Bulan ke-3 anda ada 36 orang
4. Bulan ke-4 anda ada 216 orang
5. Bulan ke-5 anda ada 1296 orang

Kini kumpulan anda ada 1540 orang.

Kiraan Bonus secara kasar:


1540 didarabkan dengan 50 NM yang dilakukan oleh setiap orang dan kemudian didarabkan pula dengan peratus bonus peribadi sebanyak 10%. Ingat, 10% hanyalah peratus peribadi paling minima dalam HPA.

1540 x 50NM x 10% =   RM 7770.00 sebulan  


Soalan
1. Perlukah anda menaja sehingga 1540 orang?

Jawapan: Tak perlu. Anda hanya perlu taja 6 orang yang pertama sahaja dan kemudiannya mengajar dan bimbing mereka lakukan perkara yang sama macam yang anda buat iaitu MENGGUNA 50 NM SETIAP BULAN dan MENAJA 6 ORANG.


2. Bonus 4 angka tak cukup, saya nak 5 angka sebulan. Macamana tu?

Jawapan: Setiap orang buat belian sebanyak 100 NM setiap bulan. Kiraan bonusnya secara kasar akan menjadi:

1540 org x 100 NM x 10% = RM 15400 sebulan

Pendapatan (bonus) ini adalah kiraan kasar sahaja malah anda boleh dapat lebih lagi sebenarnya kerana terdapat beberapa bonus tambahan lagi yang tidak dimasukkan dalam kiraan di atas.

Sekarang anda sudah faham konsepnya. Jadi, bertindaklah segera.
 

PELAN PEMASARAN HPA (Keterangan Lanjut)
HPA menggunakan kaedah pemasaran yang berkesan untuk memastikan semua produk HPA dipasarkan ke seluruh Malaysia dan mencapai hasrat untuk menguasai pasaran global. Berikutan dengan itu, HPA telah menubuhkan syarikat pemasaran sendiri iaitu Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. pada 1 Februari 1996 dengan No. Pendaftaran 376131-A, mendapat lesen di bawah Akta Jualan Langsung dari Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berfungsi untuk memasarkan produk HPA melalui konsep sistem Multi-Level Marketing (MLM). Ia merupakan satu kaedah dan strategi yang cukup berkesan untuk memperkenalkan produk-produk kepada pelanggan.


Kekuatan Plan Pemasaran HPA
1. Berteraskan prinsip ihsan
2. Keadilan pada setiap peringkat
3. Telus dan berdaya saing
4. Bebas daripada gimik, perangkap dan penindasan
5. Sesuai dengan kehendak dan cabaran MLM masa kini
6. Mampu menjana pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan


Plan Pemasaran Era Baru HPA dijamin ADIL dan SUKSES.
Tawaran 11 Ganjaran Hebat Melalui Perniagaan MLM HPA. Lihat dan teliti Plan Pemasaran Hebat ini!

11 Ganjaran Bonus Hebat HPA

1. Untung Runcit……………………………………………….20% ~ 25%
2. Bonus Prestasi Peribadi………………………………..10% ~ 20%
3. Bonus Kenaikan Pangkat…………………………….…23% ~ 35%
4. Bonus Pembelian Stabil…………………………………5% x NM HPA
5. Bonus Kemajuan Jaringan……………………………..6% x NM HPA
6. Bonus Generasi Pangkat………………………………..26%
7. Bonus Pengarah Jati Setia………………………………5% x NM HPA
8. Bonus Pengarah Jati Emas/Intan/Mahkota…….15%
9. Tabung Pelancongan……………………………………….5%
10. Tabung Perlindungan Takaful………………………..RM70,000 +++
11. Bonus Agen Stok……………………………………………..11% ~ 16%


Penerangan Ringkas Plan Pemasaran HPA
BELIAN PERIBADI MINIMA yang disyaratkan untuk melayakkan anda mendapat bonus HPA setiap bulan ialah 50 Nilai Mata (NM) (anggaran belian produk antara RM 100-150).

Peratus bonus bulanan diberi berdasarkan jumlah Nilai Mata (NM) yang dikumpul secara:
1.      Timbunan
2.      Berkumpulan
3.      Tiada had masa
 
Jadual Nilai Mata & Peratus Bonus
PB: Pengedar Bertauliah (belum berpangkat), PLX: Pengurus Melati (pangkat pertama)
Apabila timbunan NM anda dan rangkaian anda telah melebihi 1501 NM, anda akan mencapai kenaikan pangkat yang pertama iaitu Pengurus Melati (PLX). Pangkat dan peratus bonus yang diterima adalah KEKAL dan tidak akan hilang walaupun anda tidak aktif membeli produk HPA pada bulan-bulan berikutnya.
Ada CARA LAIN untuk mencapai kenaikan pangkat pertama tanpa perlu mengumpul 1501 NM. 

Caranya ialah:
1. Anda hadir program PKLP (PROGRAM KHAS LALUAN KE PUNCAK JAYA).
2. Dan lakukan belian bersyarat (50 NM) pada hari yang anda hadir program PKLP.  Untuk mencapai kenaikan pangkat kedua dan seterusnya, anda perlu mengembangkan jaringan berdasarkan rajah dibawah. Contohnya, anda akan naik ke pangkat kedua, PRX apabila anda berjaya melahirkan 3 orang yang berpangkat pertama dibawah anda.