Saturday, November 12, 2011

PELUANG PERNIAGAAN


MARI JANA RM20,000/ BULAN DENGAN PLAN MUDAH HPA, MLM SYARIAH
HADIR PREVIEW KAMI SETIAP JUMAAT JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT
DI DEWAN HPA CAWANGAN KUCHING...

RAHSIA KEKAYAAN WARREN BUFFET
Untuk menjana kekayaan kita perlukan mentor atau seseorag yang dikagumi.

Warren Buffet adalah antara orang yang saya kagumi, mempunyai hidup yang
sederhana tetapi menjana kekayaan diluar dugaan. 

Jika anda tidak mengenali siapa Warren Buffet, majalah Forbes menyenaraikan
beliau sebagai orang ketiga terkaya didunia pada 2011 dan antara pelabur 
terunggul didunia. Beliau menjana kekayaan dengan membuat pelaburan yang 
menguntungkan dalam sesuatu pernigaan seperti Coca-Cola dan Wells Fargo Bank.

Dibawah ini saya senaraikan rahsia kekayaan Warren Buffet:

 1- Kekayaan Terletak Pada Minda Seseorang

[ Saya pasti akan menjadi kaya satu hari nanti. Walaupun seminit saya tak pernah meraguinya ] - Warren Buffet

Perbezaan terpenting orang susah dan kaya ialah pada mindanya. Orang susah
berfikir tentang kemisikinan dan kekurangan. Orang kaya pula berfikir
tentang kemewahan dan kesenangan. Bagaimana minda anda berfikir akan 
menentukan masa depan anda, samada gelap atau gemilang.


2- Kejayaan Bukan Bergantung Kepada Baki Akaun Bank Anda

Apabila ditanya oleh siaran CNBC tentang kejayaan beliau, Buffet menjawab

[Jika seseorang telah menjadi tua seperti saya dan mempunyai ramai orang yang sayangkan anda dan anda menyukainya, anda telah berjaya sebenarnya. Tiada perbezaan jika anda mempunyai ratusan ringgit atau jutaan ringgit dibank. Kejayaan ialah anda buat sesuatu yang anda suka dan buat dengan sebaiknya. Saya belum pernah berjumpa dengan orang kaya yang sedih dengan apa yang dicapainya, tetapi saya menjumpai ramai orang yang sunggul apabila tidak mencapai apa yang diidamkan]


3- Belanja Kurang Daripada Gaji Anda

[Jika anda berada dalam bot yang bocor, tenaga yang anda gunakan untuk menukar bot yang baru adalah lebih menguntungkan daripada tenaga yang digunakan untuk menutup kebocoran tersebut] - Warren Buffet

Ini adalah nasihat yang biasa kita dengar, supaya berbelanja mengikut kemampuan kita. Anda tidak akan berjaya dari segi kewangan jika anda belanja lebih daripada gaji bulanan anda. Buffet seorang yang terkenal dengan hidup yang ringkas dan berjimat. Beliau merupakan satu-satunya billionaire yang tinggal dirumah yang sama sejak 1958 yang dibelinya dengan harga $31,500. Beliau memandu kereta tahun 2001 Lincon Town Car
yang dibelinya atas tangan. Aset beliau bernilai lebih $52 Billion tetapi
hidup dengan gaji $100,000 setahun. 

 4. Elakkan Berhutang

Lebih cepat anda sedari bahawa setiap anda anda dipujuk untuk membeli produk yang tidak diperlukan samada TV, radio dan suratkhabar. Jika tiada wang tak mengapa, anda boleh berhutang untuk membeli kereta baru, sofa atau TV baru walaupun
yang lama masih lagi elok. 

Akhirnya yang menjadi mangsa ialah anda. Anda terpaksa bekerja siang dan malam untuk membayar hutang yang semakin bertambah. Warren Buffet faham konsep ini dengan mengelakkan berhutang tetapi bijak melabur untuk kesenangan masa depan. Bayangkan saham Coca Cola yang dibelinya dulu kini meledak mencecah berbillion ringgit!


DEMI KEJAYAAN BERSAMA;
ISMADI BIN MAHAROP -IBM


No comments:

Post a Comment